WOW!! Najib Jadi Imam.....Jangan Pandang Najib Sebelah Mata


Gambar Najib Jadi Imam Viral Di Laman Sosial

Aku perhatikan gambar tersebut dengan teliti. Sangat teliti. Aku tak nampak atau fikir gambar tersebut telah diedit ataupun kita kata super impose.

Gambar tersebut merujuk kepada satu situasi yang mana para wartawan berdiri di hadapan perdana menteri Malaysia, Najib Razak yang ketika itu menjadi imam (entah kat mana dan bila waktunya) untuk mengambil gambar ketika Najib tengah sibuk jadi imam.

Gambar Najib Jadi Imam Viral Di Laman Sosial


Ada beberapa perkara yang bermain di kotak fikiran aku.

Pertama. Macam mana ko solat. Selesa ke bila ada sekumpulan wartawan sedang meroyan klik-klik kamera untuk amek gambar kau. Flash bunyi apa bagai? Tak rasa ke macam heyy kau semua neh apahal. Tak reti ke nak solat sekali ke apa. Takan datang bulan kot.

Kedua. Siapa yang arah sekumpulan wartawan tue buat kerja gila dan apa pentingnya kerja gila itu sehingga ianya dibuat?

Ketiga. Adakah perkara pelik dan luar biasa apabila Najib menjadi imam ke macam mana? Yang beria2 snap dan sebarkan.

Setahu aku la. Kalau aku salah minta betulkan apa yang patut. Bukan ke Najib memang biasa dilaporkan jadi imam. So, takan setiap kali dia jadi imam kau semua beria2 nak snap gambar atas tindakan tersebut. Untuk apa sebenarnya? Aku tak fikir jurugambar2 tue bangang2 p tangkap gambar Najib kalau tak sebab diarahkan untuk berbuat demikian. Dan aku tak fikir orang2 biasa boleh arahkan tanpa persetujuan Najib. 

Serious la. Pada aku la. Memang mengarut. Usah kata wartawan siap ada kamera besar lagi tue dengan wayar2 apa semua. Hmmmm.. ini yang dibangga2 dikecoh2. Kena tindas pun takpe. Janji PM kau boleh jadi imam ye tak?
WOW!! Najib Jadi Imam.....Jangan Pandang Najib Sebelah Mata WOW!! Najib Jadi Imam.....Jangan Pandang Najib Sebelah Mata Reviewed by suarakami on 10:54 PTG Rating: 5

17 ulasan:

  1. Cuba jadi imam solat maghrib atau isyak

    BalasPadam
  2. Hanya kafir yg jatuhkan muslim.

    Harap paham sape kafir sekarang..


    Ahli syurga ke berfikiran buruk?Cakap buruk psal orang..

    Allah nak terima ke manusia mcm tu??

    Sedar2lah wahai keyboard warrior yang masih lg x tentu syurga tu..pkir la ke diri baiki diri..bkan cari salah najib..#lembu sampai mati

    BalasPadam
    Balasan
    1. penulis cuma mengatakan tentang depan nàjib. Dr teknikalnya depan nàjib. Cuba tuan solat ada org jalan depan?? ms nàjib solat yg dipersoalkan adalah org ramai yg ada depan nàjib tu. bkn sebab nàjib jd imam. pttnya org solat depan2 siap berkemera ramai2 xke ganggu org.

      Padam
  3. Balasan
    1. Syaitan cukup benci pada orang yang tekun mendirikan solat. Dia amat seteru dengan orang yang bergegas ke masjid dan ke surau setiap kali azan dikumandangkan.
      Bagi komuniti syaitan sedunia, merosakan solat seorang muslim merupakan agenda mereka yang paling penting dan utama sementara ter’lungkup’nya solat seseorang muslim merupakan keuntungan besar juga kejayaan cemerlang bagi sekelian makhluk yang terlaknat itu.
      Apatah lagi kalau umat Islam solat berjemaah bertambah2 marahlah syaitan, jin dan iblis. Syaitan yang tak suka melihat umat Islam solat ni namanya KHONZAB.
      Menurut hadis Nabi saw, memang ada syaitan yang khusus datang mengganggu dan mahu merosakan solat yang didirikan. Selain mewas-waskan solat seseorang dengan kelupaan terhadap bacaan, pergerakan ataupun jumlah rakaat, syaitan tersebut berhempas pulas mengoyak rabakan saki baki kekhusyukan yang ada di dalam jiwanya.
      Kita saja yang tidak nampak. Tapi syaitan punyalah sibuk dan bertungkus lumus untuk ‘memangsa’kan kita sejak permulaan solat lagi. Rutin tugasan jahat syaitan itu bermula seawal takbiratul ihram sehinggalah selesai salam. Hati orang yang bersolat mahu diterbalikan, kekhusyukan dan keimanannya mahu dirobohkan, minda dan hatinya mahu disibukkan dan dibiarkan menerawang ke sana kemari dengan kekalutan dan hambatan duniawi yang tidak pernah habis. Bila solatnya gagal syaitan2 akan bergembira.

      Mungkinkah penulis blog Suarakami merupakan salah seorang ahli Komuniti Syaitan Sedunia ...?

      Dia macam pelik sangat2 DS Najib boleh menjadi imam. Mungkin dia berharap sangat DS Najib ni tak reti solat, tak pernah solat dan tak boleh jadi imam. Begitulah niat buruknya yang hampir sama dengan Khonzab.

      Padam
    2. penulis xpelik jd imam. penulis cakap knp perlu ramai org depan nàjib ganggu org solat. mcm ni la tuan solat sy verdigris depan main tefon ambil gamba. jd any rasa!? Persoalannya masa nàjib jd imam perlu ke org ramai depan ambil gamba. APA motif? Kita solat pon xboleh org jalan depan APA LG siap ramai2. spttnya sprang tau adab org tgh solat. penulis mempersoalkan dihadan nàjib tu.

      Padam
  4. Persoalan anda menimbulkan syak wasangka dan fitnah. Semoga target anda memaafkan perbuatan anda. Jika tidak, bersedialah mencari dia dipadang mahsyar nnt. Saya bukan menakut nakutkan, saya hanya melunaskan apa yg sepatutnya saya buat bila nmpk org berkelakuan seperti anda. Dia punya cerita, dia punya masalah. Skrg ni masalah anda.. Good Luck penulis

    BalasPadam
  5. Persoalan anda menimbulkan syak wasangka dan fitnah. Semoga target anda memaafkan perbuatan anda. Jika tidak, bersedialah mencari dia dipadang mahsyar nnt. Saya bukan menakut nakutkan, saya hanya melunaskan apa yg sepatutnya saya buat bila nmpk org berkelakuan seperti anda. Dia punya cerita, dia punya masalah. Skrg ni masalah anda.. Good Luck penulis

    BalasPadam
  6. imam solat subuh sekali....

    BalasPadam
  7. Duhai penulis blog,...
    Di sini saya ingin berkongsi sesuatu serta berharap agar dapat membacanya sehingga habis dan berjumpa secara bersemuka jika ada kelapangan,..

    “Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam bentuk manusia”. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku menemuinya?”. Beliau menjawab: “(Hendaklah) kamu mendengar dan taat kepada amir, walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, tetap-lah mendengar dan taat.” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 3/387, no. 3435)

    Hadis ini adalah di antara yang paling jelas menjelaskan berkenaan bab ini, kerana baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah menyebutkan sifat-sifat pemimpin, bahawa mereka tidak mengikuti petunjuk Rasulullah dan melaksanakan sunnah-sunnahnya. Itu adalah kemuncak kemungkaran serta penyelewengan dan kekerasan yang paling jelas dilakukan, di mana mereka tidak mengamalkan ajaran Rasulullah dalam urusan diri mereka, keluarga dan rakyat.

    Namun demikian, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah memerintahkan supaya mereka ditaati, walaupun mereka bertindak menyeksa dan merampas harta-harta, sekalipun begitu keadaannya, tidak boleh kita meninggalkan ketaatan dan mengingkari perintah mereka (selagi mana bukan dalam perkara maksiat). Bahawasanya kesalahan mereka adalah urusan yang dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka sendiri yang akan dihisab dan diberikan pembalasan pada hari kiamat nanti.

    Dalam sebuah hadis yang juga daripada Hudzaifah Ibn al-Yaman radhiyallahu ‘anhu di ketika beliau bertanyakan tentang keburukan, beliau bertanya kepada Rasulullah:

    “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah kebaikan ini ada keburukan?” Rasulullah menjawab:

    “Benar, akan tetapi terdapat asap (kesamaran/kekalutan/kekeruhan) padanya.” Aku bertanya:

    “Apakah asap (kesamaran/kekalutan/kekeruhan) tersebut?” Beliau bersabda:

    “Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.” Aku bertanya:

    Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?” Beliau bersabda:

    “Benar, para penyeru kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa yang menyambut mereka maka mereka akan mencampakkannya ke dalam jahannam (kebinasaan).” Aku bertanya:

    “Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.” Beliau menjawab:

    “Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.” Aku bertanya:

    “Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?” Beliau menyatakan:

    “Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.” Aku bertanya:

    “Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?” Beliau menjawab:

    “Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu.”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/478, no. 6557)

    Terkait dengan hadis tersebut, pada masa sekarang ini terdapat begitu banyak kelompok atau kumpulan-kumpulan tertentu yang bertindak menyelisihi para pemimpin sedia ada bagi kebanyakan wilayah atau negara tertentu. Walaupun pemimpin yang memimpin sesebuah negara itu adalah muslim dan tetap menegakkan solat, tetapi terdapat kumpulan-kumpulan serpihan ini yang sentiasa bertindak sebagai golongan pembangkang dan sentiasa berhasrat mahu merampas, merebut, atau menguasai tampuk kepimpinan sedia ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. keyboard warrior ckp najib selesa ke solar mcm tu! org solar Kita jalan depan pon xboleh. penulis xckp pon dia xtau solar jd imam. pertanyaan penulis. tentang masalah nàjib jd imam knp org beramai depan nàjib mengambil gamba.penulis ckp pasal depan nàjib kenapa ramai sgt. org tgh solar knp depan org solar perky ada ramai wartawan. Dr CR saudara keluarkan hadis lebih Naik saudara fahami hadis tu sendiri

      Padam
  8. Solat tunjuk tunjuk bukan kerana Allah namanya riyak...

    BalasPadam
  9. Solat tunjuk tunjuk bukan kerana Allah namanya riyak...

    BalasPadam
  10. Kecoh Dah …. Satu Dunia Dah Tahu !!
    >>> KLIK HERE !! <<<

    BalasPadam
  11. Ada yg bertaraf ulama rupanya yg komen dlm ni siap ngan makna hadith lg bab wajib taat walaupun pemimpin itu merampas harta dan zalim kamu.. kamu dah baca dah ka tafsir hadith tu atau ada org yg alim jadith yg hurai pada kamu atau pakai aqal kamu saja yg paham dari matan hadith semata2... bgaimana dgn ulama2 yg d penjara dan d bunuh sbb x mahu taat pada pemimpin islam yg zalim. Bagaimana dgn pemuda yg nak betulkan sy umar dgn pedang kalau menyeleweng

    BalasPadam

suarakami. Dikuasakan oleh Blogger.